Selasa, 3 Februari 2015

BERTEMU KEMBALI SETELAH SEKIAN LAMA MENYEPI....

SALAM SEMUA.....





Terlalu lama juga laman blog ku ini sunyi tanpa kisah2, cerita2, coretan2 yang boleh dikongsi bersama para pembaca...hehehehe. sebenarnya terlupa yang aku ni ada blog...agaknya klu umah sudah tentu dah nampak macam umah tinggal dengan lalang menutupi umah, sawang2 lelabah bersepah2 dan confirm umah dah mcm seekers...h0hohohho.





2015 aku kembali semula...ermmm nk cite n post stories pasal apa ye...firstly aku nk cite yang sebenarnya aku ni kelihatan sibok cikit ( buat2 sibok je ) sampai melupakan blog sendiri sebab dah sambung belajar dan masa dah dibahagi dengan tugas2 disekolah dan melayan assignment2 yang banyak tp x banyak...huhuhu mcm pelik plak ayat ni..whatever





Syukur pada Allah Taala sekarang aku dah berada di tahun ke 2 di OUM dan In shaa Allah tinggal 1 1/2 je lagi....dan berdoa semoga berjaya menamatkan pembelajaran dengan baik dan cemerlang.. :) dan menjadi seorang pendidik yang sentiasa membantu dan mencurahkan ilmu kepada anak2 didik yang memerlukan. Melahirkan insan yang berjaya di dunia dan akhirat seperti dinyatakan di dalam FPN , FPI  , FPK  berjaya dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan Sosial.





Ilmu agama amat penting buat anak2. Ibu dan Bapa serta Penjaga jangan memandang ia satu perkara yang remeh-temeh kerana bagiku KECEMERLANGAN INDIVIDU ITU BUKAN SAHAJA SEMATA2 DI DUNIA SAHAJA BAHKAN KECEMERLANGAN DI AKHIRAT JUGA AMAT PENTING...ilmu2 akhirat yang dipelajari adalah bekalan untuk kita menempuhi alam akhirat satu masa nanti ( hanya Allah maha mengetahui masa, hari, bulan dan tahun berlakunya ) supaya kita sentiasa beriman kepada yang maha pencipta. Iman kita bukan hanya meniti di bibir sahaja tetapi percaya dengan hati dan meyakininya.





Okey semua...sampai di sini dulu muqaddimah pembuka bicara bagi tahun 2015. Panjang umur In shaa Allah kita bertemu lagi di laman Maya ni...hahahhaha ayat poyos...xpe yang penting hepi... إلى اللقاء مع السلامة





Tiada ulasan:

Catat Ulasan