Selasa, 3 Februari 2015

BERTEMU KEMBALI SETELAH SEKIAN LAMA MENYEPI....

SALAM SEMUA.....





Terlalu lama juga laman blog ku ini sunyi tanpa kisah2, cerita2, coretan2 yang boleh dikongsi bersama para pembaca...hehehehe. sebenarnya terlupa yang aku ni ada blog...agaknya klu umah sudah tentu dah nampak macam umah tinggal dengan lalang menutupi umah, sawang2 lelabah bersepah2 dan confirm umah dah mcm seekers...h0hohohho.





2015 aku kembali semula...ermmm nk cite n post stories pasal apa ye...firstly aku nk cite yang sebenarnya aku ni kelihatan sibok cikit ( buat2 sibok je ) sampai melupakan blog sendiri sebab dah sambung belajar dan masa dah dibahagi dengan tugas2 disekolah dan melayan assignment2 yang banyak tp x banyak...huhuhu mcm pelik plak ayat ni..whatever





Syukur pada Allah Taala sekarang aku dah berada di tahun ke 2 di OUM dan In shaa Allah tinggal 1 1/2 je lagi....dan berdoa semoga berjaya menamatkan pembelajaran dengan baik dan cemerlang.. :) dan menjadi seorang pendidik yang sentiasa membantu dan mencurahkan ilmu kepada anak2 didik yang memerlukan. Melahirkan insan yang berjaya di dunia dan akhirat seperti dinyatakan di dalam FPN , FPI  , FPK  berjaya dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan Sosial.





Ilmu agama amat penting buat anak2. Ibu dan Bapa serta Penjaga jangan memandang ia satu perkara yang remeh-temeh kerana bagiku KECEMERLANGAN INDIVIDU ITU BUKAN SAHAJA SEMATA2 DI DUNIA SAHAJA BAHKAN KECEMERLANGAN DI AKHIRAT JUGA AMAT PENTING...ilmu2 akhirat yang dipelajari adalah bekalan untuk kita menempuhi alam akhirat satu masa nanti ( hanya Allah maha mengetahui masa, hari, bulan dan tahun berlakunya ) supaya kita sentiasa beriman kepada yang maha pencipta. Iman kita bukan hanya meniti di bibir sahaja tetapi percaya dengan hati dan meyakininya.





Okey semua...sampai di sini dulu muqaddimah pembuka bicara bagi tahun 2015. Panjang umur In shaa Allah kita bertemu lagi di laman Maya ni...hahahhaha ayat poyos...xpe yang penting hepi... إلى اللقاء مع السلامة





Isnin, 8 Julai 2013

BERTEMU SEMULA

salam semua....

agak lama menyepi dari dunia blogger ni sebab terlalu sibuk dengan kerja2 yg x pernah nak habis sehingga tak terlayan dengan blog sendiri...rindu pula nk mencoret sesuatu sebagai bacaan dan kenangan...

semalam baru je selesai sukan sekolah kali ke-9...seronok dan suka sebab cuaca agak memuaskan. kalau tahun lepas tak jadi sukan sebab hujan yang terlalu lebat...sempat buat perbarisan saja..tapi alhamdulillah tahun ni dapat buat semuanya..sampai tak terambil gambar anak2 rumah sukan (biru), sempat posing pon dah saat selesai sukan..yang penting anak2 murid seronok.

ada beberapa gambar yang boleh buat kenangan2.... comel sangat mereka ni..






Ahad, 10 Februari 2013

sweet 2013

Salam Semua...

agak lama menyepi dari dunia blogger sebab minggu awal persekolahan agak sibuk  menyelesaikan semua tugas yang diberikan...( masih x selesai jgk )

tahun ni kena mengajar anak2 pra-sekolah. agak mencabar juga...anak2 yg aktif & lasak...sampai ada satu hari tu rasa macam nk menangis sebab tak boleh nak control aksi2 lasak mereka...baik yang lelaki mahupun yang perempuan....Alhamdulillah masuk bulan kedua persekolahan dah boleh control anak2 ni...seronok sebab dorg ni manja2...nakal2 kena rotan juga...


Sabtu, 8 Disember 2012

Kelebihan SOLAT


Solat Subuh ~► Wajah yang cantik

Solat Zohor ~► Duit yang banyak

Solat Asar ~► Kesihatan yang baik
Solat Maghrib ~► Anak2 yg cerdik dan berjaya
Solat Isyak ~► Tidur yang nyenyak tanpa gangguan


Kata Nabi Muhammad S.A.W :



Barangsiapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya

Barangsiapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat
Barangsiapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan
Barangsiapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat
Barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak